In English: PETROCare is a unique and comprehensive program for PERSONAL and ENTREPRENEURSHIP Development and TRAINING, enriched with Business & Investment OPPORTUNITIES, Educational & Medical Facilities, under optimum CARE flourished with Incentives & Benefits.


 

 Pengenalan  

     Saudara-saudari,

     Assalamualaikum w.b.t.

    Sejak 5hb. Jun 2008, seluruh warga dunia digemparkan dengan tsunami kenaikan harga minyak secara mendadak dan juga krisis makanan.  Tidak terkecuali di Negara kita, rata-rata rakyat masih mengeluh sejak harga minyak petrol dan diesel dinaikkan sebanyak 40%.  Rakyat Malaysia sedang tercari-cari formula terbaik untuk menangani keadaan ini dan seterusnya mengubahsuai cara dan gaya hidup masing-masing. 

    Alhamdulillah, berkat ilham anugerah ALLAH S.W.T., DISTINCT CONCEPT SDN. BHD. (852870-T) telah berjaya merangka satu formula bernama Program PETROCare.  Insya'Allah, jika anda menyertai program ini dan mengikuti sepenuh perancangan dan perjalanannya, ia akan dapat menyelesaikan masalah perbelanjaan harian anda khususnya minyak petrol dan diesel; dan juga lain-lain perbelanjaan.  Seterusnya, Program PETROCare ini juga akan membimbing setiap peserta merancang halatuju kehidupan sekeluarga sepanjang hayat...

   DISTINCT CONCEPT SDN. BHD. (DCSB) telah menjalin kerjasama pintar dengan Syarikat PIAN Management Agency (PMA), No. Pendaftaran Perniagaan: 001781407-M, dan Syarikat ADATULUS NIAGA (Adatulus), No. Pendaftaran Perniagaan: 001765380-V, untuk mentadbir dan menguruskan Program PETROCare ini.

    DCSB adalah sebuah syarikat 100% milik penuh Bumiputra Muslim yang beroperasi di alamat 7A, Jalan USJ 1/20, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.  Aktiviti utama DCSB adalah menyelaras dan mengintegrasi program-program bimbing-latih, pembangunan modal insan dan motivasi; terutamanya yang berkaitan dengan keusahawanan.  DCSB juga berurus-dagang dalam bidang ICT dan produk-produk berkaitan dengannya.  Di samping itu, DCSB juga terlibat di dalam perdagangan am. 

    PMA adalah Perunding Insuran dan Khidmat Pengurusan yang dilantik oleh DCSB untuk menyediakan Program Imbuhan Sepanjang Hayat (PISH) bagi memberi imbuhan berupa insentif dan manfaat kepada peserta manakala Adatulus adalah Perunding Pemasaran dan Perkhidmatan Latihan yang dilantik DCSB untuk mengendalikan promosi dan pemasaran Program PETROCare serta Sesi-sesi BimbingLatih yang diistilahkan sebagai Sesi Godakotak.

    BeritaPETROCARE 

 

Pelancaran PETROCare
Halaman web PETROCare telah dilancarkan secara rasminya pada hari Jumaat, 8hb. Ogos, 2008.

 

 

 


 

    MaklumanEU  

        

Amal dan hayati TTT

 

    SertaiKAMI
 

 

Penyertaan terbuka kepada Individu Muslim yang berwawasan untuk mengubah cara hidup kepada persekitaran yang lebih baik.  

Hubungi Penyelaras Wilayah (RC) anda yang berdekatan sekarang...