Homepage PetroCare Manfaat VISI 2014 FAQ
  
 
In English:  PETROCare is a unique and comprehensive program for PERSONAL and ENTREPRENEURSHIP Development and TRAINING, enriched with Business & Investment OPPORTUNITIES, Educational & Medical Facilities, under optimum CARE flourished with Incentives & Benefits.
Read More ....

 

Visi2014

 

 VISI 2014

DISTINCT CONCEPT SDN. BHD. (DCSB), berserta dengan ADATULUS NIAGA (Adatulus) dan PIAN MANAGEMENT AGENCY (PMA) berhasrat melahirkan sekumpulan Muslim (Eksekutif Usahawan) yang berdikari, berdisiplin, bermuafakat, berbudaya keusahawanan, sifar-hutang serta yang beriman dan bertaqwa.

 7 TERAS MISI BERSEPADU
Untuk mencapai VISI 2014, strategi yang berkesan telahpun digubal.  DCSB, PMA dan Adatulus telah bergabung dan menggembeling tenaga serta kemahiran dengan berpandukan tujuh (7) teras misi seperti berikut:

  1. Mengenalpasti peluang-peluang perniagaan yang memerlukan modal minima, berupaya memberikan pulangan berterusan, risikonya terkawal serta berlandaskan syariah.

  2. Mengenal-pasti ruang-ruang pelaburan yang selamat, memberikan pulangan optimum, stabil serta berlandaskan syariah.

  3. Mempromosikan Program PETROCare di kalangan Individu Muslim dengan fokus utama terhadap golongan remaja serta yang berpendapatan rendah & sederhana.

  4. Memimpin dan mengasuh peserta-peserta tentang pengurusan kewangan, membentuk kualiti kepimpinan dan menanam budaya keusahawanan di kalangan Individu Muslim.  Sifat-sifat akhlak mulia akan selalu diterapkan. Sesi-sesi motivasi, godakotak, bengkel dan kursus kepimpinan akan kerap diadakan.

  5. Menyemai tabiat menabung, jimat-cermat, beramal-jariah dan mengenang-budi ibubapa serta gemar bantu-membantu sesama ummah.

  6. Memupuk semangat ukhuwah di kalangan semua peserta.

  7. Menggabungkan kesemua peserta-peserta di dalam satu jemaah (koperasi) untuk bermuamalat, bertujuan lebih tersusun, bersepadu dan berkesan.