Program PETROCare merupakan satu perancangan 5 tahun yang unik, menyeluruh dan bersepadu. Aktiviti utama program ini adalah membabitkan bimbinglatih pembangunan insan dan keusahawanan. Ia diperkayakan dengan peluang dan ruang perniagaan dan pelaburan, diseliakawal secara optima; ditambah pula dengan kemudahan perubatan, pendidikan serta perlindungan diri dan keluarga. Ia juga dihiasi dengan pelbagai manfaat dan insentif yang menawan.
Kesimpulannya, program ini menawarkan satu konsep pengintegrasian unggul, memandu-arah halatuju masa depan secara berjemaah untuk mendapatkan RAHMAT dan KEREDHAAN ALLAH S.W.T.